REBUT SAHAM AKHIRAT DENGAN INFAQ DAN WAQAF BAGI PEMBINAAN BANGUNAN TAHFIZ AL QURAN AL ANSAR

REBUT SAHAM AKHIRAT DENGAN INFAQ DAN WAQAF BAGI PEMBINAAN BANGUNAN TAHFIZ AL QURAN AL ANSAR



SEDIKIT TANDA KITA INGAT, BANYAK TANDA KITA ADA

SETIAP SUMBANGAN YANG DISALURKAN, ANDA LAYAK BAGI PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Assalamualaikum W.B.T

Ayuh rebut peluang bersama-sama bagi merebut peluang saham Akhirat kita. Yakin dan percaya dengan janji Allah swt " Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, Melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda ". 

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 92:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki dan memberikan kesenangan di dunia dan akhirat kepada penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan dalam menyiapkan kemudahan bagi anak-anak Tahfiz ini. 


JOM BERINFAQ DAN BERWAQAF BAGI PEMBANGUNAN SEBUAH PUSAT KOMUNITI ISLAM PERMAS JAYA

LATAR BELAKANG

Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar adalah sebuah institusi pengajian tahfiz beralamat di Jalan Permas 4, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor Darul Takzim. Matlamat kami adalah untuk melahirkan suatu generasi bertaqwa dan huffaz yang intelek dan terpelajar serta mempunyai kemampuan diri dalam memimpin masyarakat supaya tunduk dan patuh pada perintah Allah (SAW) seterusnya mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Visi

Menyediakan pendidikan agama dan penghayatan Al-Quran yang berterusan bagi membina suatu generasi Al-Quran yang berkualiti dalam menghadapi kehidupan dunia moden yang penuh cabaran.

Misi

Memberi kesedaran dan rasa bertanggungjawab kepada masyarakat betapa pentingnya pendidikan agama dan pengetahuan tenang Al-Quran dan As-Sunnah sebagai benteng kekuatan diri dari segala bentuk anasir yang tidak sihat.


PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT KOMUNITI ISLAM

PERMAS JAYA

Pusat Komuniti Tahfiz Al- Ansar ini  dibina  2 tingkat dengan keluasan 3700 sqm bertempat di Surau Permas Jaya.Bangunan ini akan dibina secara berfasa iaitu fasa 1 yang mengandungi pejabat, perpustakaan, bilik rawatan, dan segala kemudahan seperti  bilik warden dan asrama yang boleh dimuatkan seramai 50 orang. Fasa 2 pula mengandungi ruang solat berkeluasan 281 sqm yang juga merupakan ruang utama dalam pembinaan ini. Fasa yang terakhir akan dibina  untuk kemudahan komuniti di sekitar seperti tadika, kedai pejabat, dapur dan ruang makan. Rekaan bangunan ini telah diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Bomba yang akan memberi pengesahan keselamatan bangunan untuk diduduki setelah siap. Jangkamasa  siap untuk pembinaan bangunan ini ialah 3 tahun iaitu dijangka pembuka annya pada  tahun 2023.


ALAMAT/LOKASI


Sekolah Tahfiz Al-Quran Al Ansar, Jalan Permas 4, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor Darul Takzim 

Tel: +607-387 0196 / Email: admin@tahfizalansar.org.my / sekolahtahfizalquranalansarpj@gmail.com


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”   (Al-Munafiquun : 10)

 

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

 

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."



GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN PEMBINAAN TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR


 






GAMBAR-GAMBAR PEMBINAAN 




GAMBAR PEMBINAAN FASA 1



SURAT KELULUSAN DARI MAJLIS









KELULUSAN BAGI PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN



KAEDAH BAGI WAQAF/INFAQ/SEDEKAH

KAEDAH 1

1. Pindahan Wang / Internet Banking / Cek

No. Akaun : 105730005238 (Affin Islamic Bank Berhad)

Atas Nama : SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR

Bagi Pindahan Wang, Sila Sertakan bersama Slip/Gambar Pindahan Wang ke Ruangan yang disediakan ATAU

www.wasap.my/+601113344115/DanaSekolahTahfizAlAnsar (utk dapatkan sebarang INFO Lanjut)




KAEDAH 2

2. Melalui FPX / Payment Gateway

Pilih Jumlah Sumbangan - Masukkan Butiran Peribadi - Pilih Kaedah Bayaran FPX - Tandakan (/) Pada Bahagian Akuan dan Sahkan - Pilih sama ada ONLINE BANKING atau Kad Debit/Kredit - Tekan "PROCEED" - Jika Online Banking (Pilih Bank Yang Digunapakai - Masukkan Username dan Password - Bayaran Atas nama Payment Gateway ANSI SYSTEM SDN. BHD - Teruskan sehingga selesai dan RESIT dikeluarkan 









SIJIL WAQAF



Kategori Infaq / Waqaf / Sedekah

PAKEJ A : 2 Lot Waqaf Pembinaan Tahfiz Al-Quran : RM360/Lot.

Dikhususkan kepada pasangan Suami dan Isteri


PAKEJ B : 4 Lot Waqaf Pembinaan Tahfiz Al-Quran : RM720/Lot.

Dikhususkan kepada pasangan Suami Isteri dan Ibu Bapa


PAKEJ C : 6 Lot Waqaf Pembinaan Tahfiz Al-Quran : RM1080/Lot.

Dikhususkan kepada pasangan Suami Isteri, Ibu Bapa dan Anak-Anak


PAKEJ D : 1 Lot Waqaf Pembinaan Tahfiz Al-Quran : RM180/Lot.

Dikhususkan kepada Individu


PAKEJ E :Sumbangan Bulanan Pelajar RM100/pelajar

Bagi membantu golongan yang tidak mampu dalam meneruskan Pelajaran


PAKEJ F :Sumbangan/Sedekah RM20/lot

Sumbangan bagi menampung Kos Operasi Sekolah


SEGALA LEBIHAN SUMBANGAN YANG DIHULURKAN AMATLAH DIHARGAI.


Tuan/Puan boleh jugak membuat waqaf atas nama sesiapa sahaja sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Dana ini akan ditutup setelah kos yang diperlukan telah mencukupi. 


Segala sumbangan bagi merealisasikan usaha ini didahului dengan jutaan terima kasih dan Jazakallah Khairan Khathira. Kami mendoakan semoga amal ikhlas ini akan diberi ganjaran pahala yang berterusan dan berlipat ganda oleh Allah S.W.T.


Sekian, terima kasih.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ A - 6 Lot Waqaf (Keluarga) = RM1080.00
PAKEJ B - 4 Lot Waqaf (Suami,Isteri & Ibu Bapa) = RM720.00
PAKEJ C - 2 Lot Waqaf (Suami & Isteri) = RM360.00
PAKEJ D - 1 Lot Waqaf (Individu) = RM180.00
PAKEJ E - SUMBANGAN BULANAN RM100/pelajar
PAKEJ F - SUMBANGAN / SEDEKAH
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN